Kesan dampak Curang

Secara emosi

Keterlibatan seseorang dalam mengkhianati hubungan intim dengan pasangan boleh mendatangkan seberapa kesan mendalam apabila kegiatan tersebut diketahui:[5]

  • Rasa malu muncul sebagai akibat perasaan terhina dan direndahkan, malah menyangka diri sebagai penyebab pencurangan lalu meningkatnya kemungkinan mencari-cari kesalahan dalam diri sendiri tanpa disedari.
  • Kebuntuan fikiran kerana menghadapi situasi yang menjejaskan keutuhan hubungan yang terjalin sesama diri
  • Kekesalan yang muncul berikutan rasa kecewa diri terhadap ketidaksetiaan pasangan sampai melakukan tindakan curang sedemikian

Aspek undang-undang

Tindakan pencurangan yang disaksikan pasangan atau orang kenalan mampu memberi kesan utama kepada penelitian dan pemberian keputusan dalam mengurus kes-kes cerai termasuk pampasan harta warisan, penjagaan anak-anak hasil hubungan bersama, kelayakan mendapat alimoni dan sebagainya.